Friday, November 26, 2010

Skudai ke Tebrau

Salam,

Dah lame tak update blog nie. paper basic electric baru je habis semalam . penantian untuk "movie marathon" selama ini bermula. abis je exam semalam. petang tu budak laki-laki SEI terus plan nak pergi jalan-jalan dkt Jusco Tebrau. nak main boling. shoping .
habis satu paper enjoy, habis stu je enjoy. apa nak jadi.alasan nya nak release stress lah konon.

Padahal paper c progrmming tak habis lagi. paper last programming minggu depan. dapat kami relax sikit. sikit konon. padahal mengadap laptop untuk "movie maraton" dari malam ke subuh. bukan aku. budak2 lain ler.

petang tu kami sewa kereta. dua buah.gen2, enam penumpang. kancil lima penumpang.ada yg tak pergi. sampai tebrau terus pergi DAIMAN BOWLING. trip kereta kancil sampai dulu then baru gen2. kalu ada student card dapat less. apalagi 2 game terus main. lane kt sini memang best ar kalu nak dibanding dgn bowling dkt angsana tu. angsana buruk sikit sebab dah lama. jusco tebrau takde bowling rupanya. tapi dekat area keliling jusco tu ada pusat bowling DAIMAN tu.

Tak kena sebiji pon

lepas balik dari jusco tebrau. malam tu diorang siap sedia dengan movie untuk di layan.
cakap bab movie marathon ni. diarong layan citer korea. cite episod. sebab tu sampai ke subuh tengok nak habiskan satu citer tu.tapi tak habis pon. sambung malam seterusnya. satu citer 16 episod. 1 episod dalam sejam.

"tak minat aku citer korea",berkata aku kepada budak2 nie yg tengah syok layan korea depan laptop masing2. best lagi hollywood. malaysia pon okey.

tengok movie sampai tak ingat dunia. patot pelik je kenapa satu aras blog bi senyap. ingatkan diorang stadi. masuk bilik sorang-sorang. tengah layan movie. ade jugak yg main PES.


PENGAJARAN;
-Ingatlah bahawa anda tak habis exam lagi. so jangan nak enjoy sangat. boleh je nak enjoy  tapi biar berpada-pada.

-Berjimat-jimat lah dalam perbelanjaan. kalu nak pergi main bowling tu tak pon mana-mana   bawak je kad matrik. boleh dapat less. kan dah jimat sikit kat situ.

-MASA itu EMAS. guna lah masa yang terluang dengan sebaik-baik nya. jgn mem"MOVIE"kan diri  dari malam sampai ke subuh.tapi yang penting subuh tak terlepas.

-Sanjungilah cherita-cherita melayu, malaysia ni. kita orang melayu, malaysia, citer malaysia pon  banyak pengajaran yang boleh kita ambil. dari seram smpai lah ke lawak.

-Belajar bahasa KOREA & Inggeris dengan baik. layan movie tu boleh improve english. kalu tengok citer xdapat manfaat pape baik tak payah tengok.

-Blogging-blogging gak stadi jangan lupa. menusuk disitu.

Wasalam.....










Brother jaga kaunter panas je tengok budak ni bergambar




No comments:

Post a Comment