Wednesday, November 17, 2010

Adusshh!!! KeMALANGan : PROTON vs TOYOTA

KUANTAN,16 NOVEMBER 2010- Aksiden kecil berlaku di jalan kuantan-beserah. jam 4 petang.
Selamat aku tak cedera langsung. Aksiden kecil je. Proton V langgar Toyota U. Aku drive sorang je. Masa tu aku baru pulang dari beli barang dapur makku pesan. Dalam perjalanan pulang dari kedai. Kejadian bermula macam ni.

Aku drive dari sebelah kiri ke sebelah kanan. Line kanan tu memang dah clear lah. aku pun masuk dengan hati-hati. Beberapa meter dekat hadapan ada trafficlight. tengah drive dalam keadaan berhati-hati sambil mendengar lagu raya melalui sinarfm kalau tak silap. tiba-tiba kereta depan break mengejut. aku pun mengejut juga lah. nasib baik kereta aku tak langgar kereta depan tu. "fuuhhh selamat aku",monolog dalaman.

Tapi, beberapa saat kemudian. eeeehhhhgggg.....BOOM. aku tengok depan, tak ada apa-apa pun. aku yang duduk dalam tak rasa gegar apa pun. rupa-rupanya ada sebuah kereta melanggar dari arah belakang kereta aku ni. dari rasa lega berubah marah dalam sabar. ADUUSSHH!!! aku buka tingkap, intai tengok belakang. "lah Proton V rupanya". kemudian berhenti dekat lorong tepi kedai. kereta aku boleh lagi jalan, proton v tu pun sama. kereta depan aku relax je pergi padahal dia buat break mengejut yang menyebabkan aku pun mengejut.

Aku dalam keadaan COOL buka handle pintu keluar dari kereta. tengok lelaki chinese rupanya. dia pun keluar kereta dia. aku tengok kereta Toyota U aku ni. dia tengok kereta Proton V die tu. sama-sama mengeluh.

Memang salah dia secara terang-terangan lah. aku nak takut apa kan. tapi aku pun lega sikit ingatkan gangster bawak kereta tu. kemudian ada dua orang mamat pejalan kaki, kedua-dua melayu bersahabat baik rasanya datang menghampiri.

"Salah you ni langgar kereta dia", kata salah seorang mamat tu kepada chinese. Lelaki Cina tu memang mengaku salah dia. bertambah COOL aku. aku call bapaku. suruh datang. Biasanya aku kalau keluar pun drive Proton V macam dia tu. tiba-tiba hari ni kena naik Toyota U pulak.

Kereta Proton dia tu habis bonet depan. pecah tangki minyak break kalau tak silap. mengalir minyak berwarna merah dari bawah. dia tak kena apa-apa pun. kedua-dua kami selamat. Kereta Toyota aku drive habis bengkok kanggaro bar belakang. bumper belakang kemek sikit. mungkin kalau tak ada kanggaro bar, lagi teruk hancur.kereta chinese tu memang tak boleh jalan dah. memang kena on tow. aku buat muka bengang sikit nak kasi psyco die. dia pun nampak macam cuak sikit.

Ketika aku tengok keadaan kereta aku ni. terdengar pulak perbualan kecil antara dua orang mamat ni;

mamat1:  nombor baek ni. naek esok ni....
mamat2:  7789(plat Proton V). memang cantek lah...tapi ni 65(plat Toyota U)..tak cukup ni..
mamat1:  lah...ni ade dua orang..kite tambah je kosong-kosong kt belakang..jadi 6500..
mamat2:  boleh lah nie...


Dalam hati aku nie "lah sempat lagi nak pikir nombor ekornye..budus nye lah"... kedua-dua mamat ni umur dalam lingkungan 50an...dah bercucu aku rasa... beberapa minit kemudian tiba-tiba hilang pakciks tua tu (mamat tak sesuai)...


tinggal aku dengan chinese tu..aku tahu dia macam cuak je..muda lagi orangnya..
dia senyap je..aku tanya sepatah dia jawab sepatah. lurus orangnya.

aku: kereta u ke nie... 
dia: ehh bukan..kereta girlfriend i..pinjam je...
aku: i tngah panggil orng nie...tgu yek
dia: ok..i pon tgh tgu orng
aku: u rumah kt mane?
dia: dekat je..alor akar..
aku: owhhh..i beserah..

tengah borak-borak dia hulur kotak rokok. aku tolak lah. aku bukan smoker.

10 minit kemudian datang lah member chinese tu..lepas tu..member ayah aku datang..tiba juga ada pulak kaki kereta (yg pakai walkie talkie tu)..macam mana dia boleh tahu ada aksiden dekat sini aku pun tak tahulah.

Kaki tu recommend suruh buat report polis sebab nak claim insurance kereta chinese tu. lalu kaki tu menghulur bussiness card die. dah semua settle berdiskusi dengan pihak chinese tu.aku beredarlah tapi chinese tu kenalah tunggu kereta tarik sbb tak boleh start. malam tu jugak buat report polis dengan abahku. lega tak ada pergaduhan ataupun pertumpahan darah. situasi yang penuh dengan pengajaran...


PENGAJARAN:
>>PANDULAH BERHATI-HATI DIJALAN RAYA..tak kisahlah dia salah ke, kita salah ke..sentiasa alert di atas jalan ketika pemanduan.

>>BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT,...pakcik dua orang tu dah tua-tua pun main nombor ekor lagi..tak sedar diri lagi...haram jadah main nombor ekor...

>>Peranan lampu break kereta...bila kita tekan break walaupun sikit..bila lampu merah menyala..tanda kita beri isyarat perlahankan kenderaan dekat orang belakang.

>>Baca doa naik kenderaan sebelum perjalanan...aksiden nie tak kena semasa aku nak ke kedai mungkin aku baca doa...tapi masa hala balik, berkejar nak sampai rumah hingga lupa baca doa...bismillah pun jadi.

>>Lain kali jangan naik kereta sorang- sorang..kan susah bila aksiden macam ni berlaku..bawaklah adik-beradik ke, tak pun member, takpun awek ke..senang sikit kerja.

>>Perbezaan kereta luar dengan kereta malaysia..renung-renungkan...Tapi PROTON tetap TERBAEEK!! inspira mungkin kuat lagi body dia.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA :)



4 comments:

  1. alhamdulillah, semuanya selamat. :)

    ReplyDelete
  2. huhuh..
    buat muka grang2 giler2!
    baru ketaq diew kan?
    hakhak

    ReplyDelete
  3. haha..
    part pakcik tue borak no ekor best...

    ReplyDelete