Sunday, December 19, 2010

BebudakSeni Clothing : Bebudak Blogger



Bebudak Blogger tshirt

Price: RM25

100% Cotton

Size : XS,S,M,L,XL,XXL

Colour : Black, royal blue,lime green,grey,purple,pink,yellow,magenta,red......click

Long Sleeve available; add RM5

Delivery : RM5

Interested??
Private Message my Facebook  @
SMS name,quantity,size,colour

send to 0129177403

          p/s: guna online bankin ajew..senang tuw... 
            



Wednesday, December 1, 2010

Kaitan Lagu (Malique ft Najwa - Senyum) & (Justin Biber - U Smile)

Korang layan dulu lagu nie...
Ape kaitan antara kedua-dua lagu ni..


Malique ft Najwa - Senyum

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit


Malique ft. Najwa - Senyum





JUSTIN BIEBER-U SMILE

Oh
Yeah
Mmmm

I'd wait on you forever and a day
Hand and foot
Your world is my world
Yeah
Ain't no way you're ever gon' get
Any less than you should
Cause baby
You smile I smile (oh)
Cause whenever
You smile I smile
Hey hey hey

Your lips, my biggest weakness
Shouldn't have let you know
I'm always gonna do what they say (hey)

If you need me
I'll come running
From a thousand miles away
When you smile I smile (oh whoa)
You smile I smile
Hey

Baby take my open heart and all it offers
Cause this is as unconditional as it'll ever get
You ain't seen nothing yet
I won't ever hesitate to give you more
http://www.elyricsworld.com/u_smile_lyrics_justin_bieber.html
Cause baby (hey)
You smile I smile (whoa)
You smile I smile
Hey hey hey
You smile I smile
I smile I smile I smile
You smile I smile
Make me smile baby

Baby you won't ever work for nothing
You are my ins and my means now
With you there's no in between
I'm all in
Cause my cards are on the table
And I'm willing and I'm able
But I fold to your wish
Cause it's my command
Hey hey hey

You smile I smile (whoa)
You smile I smile
Hey hey hey
You smile I smile
I smile I smile I smile
You smile I smile
Oh
You smile I smile
You smile I smile


Justin Bieber - U Smile




Malique, Najwa & Justin Biber suruh kita selalu senyum..

Kalau saya senyum Awak mesti senyum sekali   =  You smile I smile





Sunday, November 28, 2010

Hureey dapat No. fon LISA




MAMAT2 dapat no LISA beb...hahaha..MAMAT1 dengki...

MAMAT1:  Weehh serius lar kau dapat no. fon LISA (dengan penuh perasaan).
MAMAT2:  Haah, nape kau dengki kew? haha
MAMAT1:  Camne kau boleh dapat no dia. tipulah kau...
MAMAT2:  ada ar..lantak kau lah kau nak pecaye ke tak..yang penting aku dah dapat no dia..hahaha
MAMAT1:  weh dia pakai Maxis ke Celcom??..
MAMAT2:  dia pakai Celcom (dengan riaknya)...
MAMAT1:   weh! ko tak try call dia kew...mesej kew..
MAMAT2:   Kauu ni pahal beria-ria sangat ni...tak yah nak menyibuklah..kau tahu tak LISA mana        ni..
MAMAT1:  LISA SURIHANI ke??
MAMAT2:  weh mangkok ayun..ni lisa budak kolej kat sane tulah..
MAMAT1:  Lol..aku ingat ko dapat no fon LISA SURIHANI, heroin lagenda budak setan tu..p jahanam lah kauu...
MAMAT2:  Hekelehh..Kau yang beria dari tadi nak tahu...tulah lain kali beri salam ar  dulu..bukan terus main serang orang..padan muka hang...mentang-mentang duduk syok layan LAGENDA BUDAK SETAN semalam, dah tak pasal angau...
MAMAT1:  hehehe...syok dowh layan LBS...tapi sayang part dia setengah cerita je..hilang semangat nak sambung sampai habis..hehehe
MAMAT2:  tau takpe..dah ar pergi stadi tu..esok last paper...dah tu kau nak tak no fon LISA tu..(dalam nada perli)..kui3
MAMAT1:  kau simpan jelah..tengok nanti aku akan dapatkan no LISA SURIHANI yang betul.jangan nak menyibuk lar..
MAMAT2:   fanatic giler kau dgn LISA...dah stadi-stadi tu...


Cherita Rekaan semata-mata...hahaha



Saturday, November 27, 2010

BebudakSeni Clothing




I LOVE MRSM MZMS  tshirt
Limited Editon
Size S, M, L, XL
Black Colour only
100% Cotton (Hanes Brand)
RM20
Poslaju RM5

Interested msg me !! 
not just for MRSM MZMS student only, others also can grab it





Friday, November 26, 2010

Skudai ke Tebrau

Salam,

Dah lame tak update blog nie. paper basic electric baru je habis semalam . penantian untuk "movie marathon" selama ini bermula. abis je exam semalam. petang tu budak laki-laki SEI terus plan nak pergi jalan-jalan dkt Jusco Tebrau. nak main boling. shoping .
habis satu paper enjoy, habis stu je enjoy. apa nak jadi.alasan nya nak release stress lah konon.

Padahal paper c progrmming tak habis lagi. paper last programming minggu depan. dapat kami relax sikit. sikit konon. padahal mengadap laptop untuk "movie maraton" dari malam ke subuh. bukan aku. budak2 lain ler.

petang tu kami sewa kereta. dua buah.gen2, enam penumpang. kancil lima penumpang.ada yg tak pergi. sampai tebrau terus pergi DAIMAN BOWLING. trip kereta kancil sampai dulu then baru gen2. kalu ada student card dapat less. apalagi 2 game terus main. lane kt sini memang best ar kalu nak dibanding dgn bowling dkt angsana tu. angsana buruk sikit sebab dah lama. jusco tebrau takde bowling rupanya. tapi dekat area keliling jusco tu ada pusat bowling DAIMAN tu.

Tak kena sebiji pon

lepas balik dari jusco tebrau. malam tu diorang siap sedia dengan movie untuk di layan.
cakap bab movie marathon ni. diarong layan citer korea. cite episod. sebab tu sampai ke subuh tengok nak habiskan satu citer tu.tapi tak habis pon. sambung malam seterusnya. satu citer 16 episod. 1 episod dalam sejam.

"tak minat aku citer korea",berkata aku kepada budak2 nie yg tengah syok layan korea depan laptop masing2. best lagi hollywood. malaysia pon okey.

tengok movie sampai tak ingat dunia. patot pelik je kenapa satu aras blog bi senyap. ingatkan diorang stadi. masuk bilik sorang-sorang. tengah layan movie. ade jugak yg main PES.


PENGAJARAN;
-Ingatlah bahawa anda tak habis exam lagi. so jangan nak enjoy sangat. boleh je nak enjoy  tapi biar berpada-pada.

-Berjimat-jimat lah dalam perbelanjaan. kalu nak pergi main bowling tu tak pon mana-mana   bawak je kad matrik. boleh dapat less. kan dah jimat sikit kat situ.

-MASA itu EMAS. guna lah masa yang terluang dengan sebaik-baik nya. jgn mem"MOVIE"kan diri  dari malam sampai ke subuh.tapi yang penting subuh tak terlepas.

-Sanjungilah cherita-cherita melayu, malaysia ni. kita orang melayu, malaysia, citer malaysia pon  banyak pengajaran yang boleh kita ambil. dari seram smpai lah ke lawak.

-Belajar bahasa KOREA & Inggeris dengan baik. layan movie tu boleh improve english. kalu tengok citer xdapat manfaat pape baik tak payah tengok.

-Blogging-blogging gak stadi jangan lupa. menusuk disitu.

Wasalam.....










Brother jaga kaunter panas je tengok budak ni bergambar




Wednesday, November 17, 2010

Adusshh!!! KeMALANGan : PROTON vs TOYOTA

KUANTAN,16 NOVEMBER 2010- Aksiden kecil berlaku di jalan kuantan-beserah. jam 4 petang.
Selamat aku tak cedera langsung. Aksiden kecil je. Proton V langgar Toyota U. Aku drive sorang je. Masa tu aku baru pulang dari beli barang dapur makku pesan. Dalam perjalanan pulang dari kedai. Kejadian bermula macam ni.

Aku drive dari sebelah kiri ke sebelah kanan. Line kanan tu memang dah clear lah. aku pun masuk dengan hati-hati. Beberapa meter dekat hadapan ada trafficlight. tengah drive dalam keadaan berhati-hati sambil mendengar lagu raya melalui sinarfm kalau tak silap. tiba-tiba kereta depan break mengejut. aku pun mengejut juga lah. nasib baik kereta aku tak langgar kereta depan tu. "fuuhhh selamat aku",monolog dalaman.

Tapi, beberapa saat kemudian. eeeehhhhgggg.....BOOM. aku tengok depan, tak ada apa-apa pun. aku yang duduk dalam tak rasa gegar apa pun. rupa-rupanya ada sebuah kereta melanggar dari arah belakang kereta aku ni. dari rasa lega berubah marah dalam sabar. ADUUSSHH!!! aku buka tingkap, intai tengok belakang. "lah Proton V rupanya". kemudian berhenti dekat lorong tepi kedai. kereta aku boleh lagi jalan, proton v tu pun sama. kereta depan aku relax je pergi padahal dia buat break mengejut yang menyebabkan aku pun mengejut.

Aku dalam keadaan COOL buka handle pintu keluar dari kereta. tengok lelaki chinese rupanya. dia pun keluar kereta dia. aku tengok kereta Toyota U aku ni. dia tengok kereta Proton V die tu. sama-sama mengeluh.

Memang salah dia secara terang-terangan lah. aku nak takut apa kan. tapi aku pun lega sikit ingatkan gangster bawak kereta tu. kemudian ada dua orang mamat pejalan kaki, kedua-dua melayu bersahabat baik rasanya datang menghampiri.

"Salah you ni langgar kereta dia", kata salah seorang mamat tu kepada chinese. Lelaki Cina tu memang mengaku salah dia. bertambah COOL aku. aku call bapaku. suruh datang. Biasanya aku kalau keluar pun drive Proton V macam dia tu. tiba-tiba hari ni kena naik Toyota U pulak.

Kereta Proton dia tu habis bonet depan. pecah tangki minyak break kalau tak silap. mengalir minyak berwarna merah dari bawah. dia tak kena apa-apa pun. kedua-dua kami selamat. Kereta Toyota aku drive habis bengkok kanggaro bar belakang. bumper belakang kemek sikit. mungkin kalau tak ada kanggaro bar, lagi teruk hancur.kereta chinese tu memang tak boleh jalan dah. memang kena on tow. aku buat muka bengang sikit nak kasi psyco die. dia pun nampak macam cuak sikit.

Ketika aku tengok keadaan kereta aku ni. terdengar pulak perbualan kecil antara dua orang mamat ni;

mamat1:  nombor baek ni. naek esok ni....
mamat2:  7789(plat Proton V). memang cantek lah...tapi ni 65(plat Toyota U)..tak cukup ni..
mamat1:  lah...ni ade dua orang..kite tambah je kosong-kosong kt belakang..jadi 6500..
mamat2:  boleh lah nie...


Dalam hati aku nie "lah sempat lagi nak pikir nombor ekornye..budus nye lah"... kedua-dua mamat ni umur dalam lingkungan 50an...dah bercucu aku rasa... beberapa minit kemudian tiba-tiba hilang pakciks tua tu (mamat tak sesuai)...


tinggal aku dengan chinese tu..aku tahu dia macam cuak je..muda lagi orangnya..
dia senyap je..aku tanya sepatah dia jawab sepatah. lurus orangnya.

aku: kereta u ke nie... 
dia: ehh bukan..kereta girlfriend i..pinjam je...
aku: i tngah panggil orng nie...tgu yek
dia: ok..i pon tgh tgu orng
aku: u rumah kt mane?
dia: dekat je..alor akar..
aku: owhhh..i beserah..

tengah borak-borak dia hulur kotak rokok. aku tolak lah. aku bukan smoker.

10 minit kemudian datang lah member chinese tu..lepas tu..member ayah aku datang..tiba juga ada pulak kaki kereta (yg pakai walkie talkie tu)..macam mana dia boleh tahu ada aksiden dekat sini aku pun tak tahulah.

Kaki tu recommend suruh buat report polis sebab nak claim insurance kereta chinese tu. lalu kaki tu menghulur bussiness card die. dah semua settle berdiskusi dengan pihak chinese tu.aku beredarlah tapi chinese tu kenalah tunggu kereta tarik sbb tak boleh start. malam tu jugak buat report polis dengan abahku. lega tak ada pergaduhan ataupun pertumpahan darah. situasi yang penuh dengan pengajaran...


PENGAJARAN:
>>PANDULAH BERHATI-HATI DIJALAN RAYA..tak kisahlah dia salah ke, kita salah ke..sentiasa alert di atas jalan ketika pemanduan.

>>BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT,...pakcik dua orang tu dah tua-tua pun main nombor ekor lagi..tak sedar diri lagi...haram jadah main nombor ekor...

>>Peranan lampu break kereta...bila kita tekan break walaupun sikit..bila lampu merah menyala..tanda kita beri isyarat perlahankan kenderaan dekat orang belakang.

>>Baca doa naik kenderaan sebelum perjalanan...aksiden nie tak kena semasa aku nak ke kedai mungkin aku baca doa...tapi masa hala balik, berkejar nak sampai rumah hingga lupa baca doa...bismillah pun jadi.

>>Lain kali jangan naik kereta sorang- sorang..kan susah bila aksiden macam ni berlaku..bawaklah adik-beradik ke, tak pun member, takpun awek ke..senang sikit kerja.

>>Perbezaan kereta luar dengan kereta malaysia..renung-renungkan...Tapi PROTON tetap TERBAEEK!! inspira mungkin kuat lagi body dia.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA :)



Wednesday, November 10, 2010

P.RAMLEE...Dimanakan Kucari Ganti : Satu Indiepretasi



Bagi memperingati jasa dan sumbangan Seniman Agung Tan Sri P Ramlee yang tidak ternilai. Band- band indiependent Malaysia memainkan lagu lame dalam rentak yang baru.Lagu- lagu lame zaman P.RAMLEE di "INDIE" kan oleh band-band indiependent Malaysia.Memang sedap telinga mendengar.

Lagu ni selalu dimainkan di corong-corong radio erafm, xfm, sinarfm and so on...
lagu paling best yang aku suka The Ramlees. korang dengar mesti nak dengar lagi.
lagu tu dinyayikan oleh Yuna, Liyana Fizi, Najwa, Dan vokalis Tilu..
"tanya sama hati apa asal sayang...."

Tapi kenapa Bunkface tak indie kan juga yek? macamana agaknya kalu diorang indiekan.





The Ramlees - Itulah Sayang

Powered by mp3skull.com




Hujan Tunggu Sekejab
Hujan - Tunggu Sekejab

Powered by mp3skull.com




Seven Collar T-Shirt - Jangan Tinggal Daku - Seven Collar T-Shirt

Powered by mp3skull.com



One Buck Short - Pok Pok Bujang Lapok - One Buck Short

Powered by mp3skull.com




Couple - Menche Che Bujang Lapok

Powered by mp3skull.com




Altimet - Maafkan Kami - Altimet

Powered by mp3skull.com





Subculture - Bunyi Gitar

Powered by mp3skull.com





Monoloque - Tiada Kata Secantik Bahasa

Powered by mp3skull.com





Azlan & The Typewriter feat AG - Jeritan Batinku

Powered by mp3skull.com







Bittersweet - Getaran Jiwa

Powered by mp3skull.com





Pesawat - Ai Ai Twist

Powered by mp3skull.com





Kugiran D Tepi Pantai - Nujum Pak Belalang - Kugiran D Tepi Pantai

Powered by mp3skull.com





pop shuvit - aci aci buka pintu

Powered by mp3skull.com




Awanband - Malam Bulan Di Pagar Bintang

Powered by mp3skull.com




grey sky morning - malam pesta muda mudi (tribute)

Powered by mp3skull.com



They will kill us all - Sepanjang riwayatku

Powered by mp3skull.com




Yuna - Gelora Jiwa

Powered by mp3skull.com



Meet Uncle Hussain - Ya Habibi Ali Baba

Powered by mp3skull.com


Terima kasih sumber-sumber gambar diatas.


Saturday, November 6, 2010

Lawatan Pelajar Jepun Ke UTM

Semalam watashi join Program Lawatan pelajar- pelajar Jepun ke UTM. pelajar yang datang Kesemuanya umur 16-17 tahun. tubuh badan mereka kebanyakan sama macam pelajar sekolah menengah di Malaysia ni. diorang ada juga uniform seragam sekolah. kita seluar hijau & kemeja putih tapi diorang warna coklat kehitam bercorak kotak & kemaja warna biru laut. yang itu untuk budak laki. perempuan pulak.mak aihh pakai skrit pendek atas lutut dgn kemeja. memang nampak lah apa yang patut tu kan. ada setengah tu yang bergaya sikit pakai stokin hitam panjang sampai lutut pun ada. macam model pun ada. laki dah sesuai tapi pakaian pelajar perempuan memang risiko sikit. hahaha.faham-faham lah.

Masa program tu aku jadi macam fasi lah. ni pun dapat panggilan last minit untuk join program ni. dalam group aku ada 4 orang. semua lelaki pulak tu. ingatkan dapat student perempuan sorang pun jadi dlm group. pembahagian group random je. sape yang duduk hampir dengan kerusi aku dalam dewan tu jadi adik-adik aku lah.


jepun
Kotaro,Genki,ME,Sen,Shenki


Nama diorang Shenki, Kotaro, Genki, Sen. diorang memang kurang fasih BI. tapi kena cakap sebiji-sebiji bg jelas.

pertemuan singkat selama 3 jam je ada macam2 aktiviti; quiz, main batu seremban, gamelan, main kompang. haa, lupa nak bagitahu yang datang utm nie dalam 100 orang termasuk cikgu & pengetua diorang. nama sekolah diorang. emmm ??? lupa pulak

Coordinator program tu student UTM sendiri. dia ni memang fasih giler berbahasa jepun. muka pun sebijik orang jepun. mungkin kacukan jepun melayu kot. unit kebudayaan UTM dekat DSI tempat pertemuan time program.

Sewaktu lawat PSZ watashi ronda-ronda kat dalam then jumpa kamus Bahasa Melayu-Jepun. Watshi jumpa ayat dalam kamus tu tanya pasal berapa jumlah ahli keluarga mereka."Anata no kazoku no dono yō ni ōku no menbā?". ada respons dari diorang maknanya dia faham. Shenki(7 orang) yang lain tak ingat. 3 ada, 5, 4 pun ada.



kompem yg nie copy
Sempat suruh diorang tulis nama


Diorang ni tak tau pasal facebook rupanya. time dkt PSZ aku sempat surf fb tunjuk dkt diorang tapi mereka tak tahu bendalah apa ni. rugi tak boleh nak add friend

Shenki paling menyerlah dlm group berbanding yg lain senyap je. dari awal sampai akhir dia banyak bagi respon. bulan disember nanti ada lagi lawatan, lagi ramai 300 orang. kena join sekali lagi baru seronok..



jepun2




jepuj3



arigato.... sayonara....



Wednesday, November 3, 2010

CeritaNya Bermula DiSini

Ini kisah AKU dan sume KOSMATEku...


Laki-Laki SEI
Laki-Laki SEI (ade yg miss)


Pertemuan kami bermula disebuah bangunan di kolej tuanku canselor(KTC) iaitu Dewan Astana.Kami semua dipertemukan ketika program anjuran pihak KTC. Aku sendiri dah lupa program pasal ape entah.Yang hanya aku ingat tu time minggu transformasi mahasiswa(MTM).

Pertemuan sebelum ini hanyalah sesama lelaki sahaje kerana kolej perempuan dan lelaki adalah berlainan.perempuan di kolej 9(K9), manakala lelaki di KTC.
Aku pon agak terperanjat pada mulanya kerana ingatkan kos ini hanya dibarisi oleh
kaum lelaki shaja. tetapi pada malam tersebut barulah aku tahu yang kos ini wujud juga perempuan. Time tu perempuan dan lelaki tak bertegur sapa pon.
Sesama lelaki pon blom ngam lagi. Pada ape yang aku perasaan diantara ramai-ramai
perempuan, ada seorang yang free hair. Ingatkan dia muslim rupe2nya non-muslim.
"Sabah bah"...hahaha


Gurlz SEI
pompuan SEI


Program atau kos kami dikenali Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Kawalan dan Instrumentasi)atau short form nya SEI... Semua diantara kami terdiri daripada 18 orang lelaki dan 12 orang perempuan. Dua orang keturunan Jawo johor, Gano kito ade 4 orang..Kelate sore..Sabah 2 orang bah & dari sarawak sorang....yang lain3 perok..kedah..pahang..KAY-L..
N9..selangor..melakau..



Pertemuan Kedua....

Pertemuan terbesar kedua pulak bersama Ketua SEI, advisor & senior kos nie.
Prof Madya Dr. Yahaya Md. Sam mengepalai SEi ni dengan bantuan Dr. Leow Pei Ling,
dan lain2(maaf lupe nama advisor yg lain). Pertemuan ni boleh dikatakan majlis ramah mesra.berkenalan sesama kami. Senior kami bercerita serba sikit pasal diri mereka..semua lah..


Bersama DR. Leow Pei Ling
DR LEOW PEI LING di tengah tu (Academic Advisor AKU)


Kalu anda nak tahu, Dr. Yahaya lah berperanan penting menarik kami untuk memilih kos ni. Seluruh pelusuk malaysia, dari matrik ke matrik DR. mempromosikan SEI kepada pelajar2. Dan hasilnya seramai 30 orang telah termakan kata2 promosi DR.(huhuhu). Batch sebelum kami adalah paling sikit cuma orang je..Kesian sungguh mereka..Dah lah semua laki-laki.Kalau nak awek kena cari kos lain lah..hahahaha

Pertemuan tersebut pada waktu petang, minum petang DR. Yahaya yang taja. DR. memang seorang yang baik hati..TQ DR. Petang tu semua antara kami malu-malu lagi cuma ada seorang je yang kuat bercakap...Siapakah beliau??? sampai skunk pon die boleh dikatakan banyak loyar burok....hahaha

bersambung ESOK kot...



Tuesday, October 26, 2010

Program Sepanjang SEM1



Haa...Nah amek kau!! progam yang aku dah join sepanjang sem 1 ni...
dalam mase lebih kurang 3 bulan lebih nie start bulan 7, nielah tag nama yang terkumpul....

Dari program kolej sampai lah program kelab dan universiti
Program yang aku terlibat:

1. Karnival Warna-Warni 1Malaysia(WAW)
>> Tugas Khas

2. SUKAM 2010 Kolej Tuanku Canselor(KTC)
>> Pengangkutan Atlet

3. Seminar & Motivasi SPM Dun Panti 2010
>> Tugas Khas

4. Majlis Konvokesyen UTM ke-45(unit pengambilan gambar graduan)
>> Editor Studio-4

5. Riang Raya KTC 2010
>> Tugas Khas

6. Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar Johor & Perasmian SEJATI
>> Tugas Khas

7. Karnival Rekacipta Kebangsaan
>> Urusetia Pertandingan

Kebanyakan Tugas Khas, Apekah?
>>buat kad matrik
>>buat sijil
>>boleh buat apa2 tugas, di sub ke unit lain; photographer, keselamatan,peralatan...


Pernah aku kena sound ngan makhluk sorang ni "Program2 gak belaja jgan lupe".
Yang tu okey lagi. Ni seorang lagi "Kau ni giler kuasa ar beb".Sabo jelah
dengan mereka semua ni. Tanggungjawab kerja tu kena buat lah dah orang offer.
dah ada chance kena GRAB ler..kui3...

"ORANG YANG BERJAYA IALAH MEREKA YANG PANDAI MENGGUNA PELUANG YANG ADA"-BebudakSeni-

Kelebihan sertai program;
>>Member bertambah. Bila ramai member bertambah rezeki. bertambah rezeki.
bertambah peluang....
>>melatih kepimpinan@leadership.
>>meningkatkan keyakinan diri.

Berprogram untuk semester 1 ni dah abes, masa untuk fokus dan ulangkaji semua subjek,
recover ape yang patut sebelum final exam.. buat abes baek weh....

ALL THE BEST !!!!


p/s: kena buat trademark bebudakseni, tak pon logo...nantikan


Sunday, October 24, 2010

Nickname di KelabFotokreatif




Kelas Bimbingan 2(KB2)
Tempat: Kotaraya, DangaBay, Zoo Johor, Area bandar JB....


Di kelab fotokreatif(kfk) orang panggil aku 'SHARP'. Macamana pulak timbul nama tu? Kalau nak tau, masa kelas bimbingan 2(kb2) kfk lah dapat nama samaran tu....
nama tu fasi2 group aku la bagi....mereka ialah; Ayong,Belly & Fiq..
ahli kumpulan aku yang lain pulak; afiq,pian dgn pija...kalu korang perasan
sume nama fasi ngn group member dlm short form...sebab tu nama 'SHARP' timbul..
sebab ringkas dan mudah siket diorang nak panggil...tak payah lar nak
membazir air liur panggil nama panjang2...tapi ada jugak sesetengah orang
yang suka panggil nama penuh..okey je...

Kenapa tak fiq??
tak guna fiq sbb fiq da reserve oleh fasi aku tu, afiq pon dah reserve...
mula2 diorang nak panggil aku 'sha'... macam nama pompuan plak...so, nak kasi bunyi laki, tambah lar dua huruf 'rp' dkt belakang 'sha'.... jadi nickname sekarang aku di kfk 'SHARP'...




SHAFIQ - FIQ = SHA
SHA + RP = SHARP

Aku setuju je dgn nama tu...tapi sebelum ni aku ingat ejaannya 'SHAP'..
tapi time start gerak kerja konvo-45, baru aku perasan yang diorang panggil
dengan ejaan SHARP = tajam (seperti yg terpampar di kertas2 kehadiran)..
aku pikir okey jugak nickname tu...sebab maksud dia tajam...selain tu,
kalu satu2 foto yg kite snap..foto tu mesti boleh
jadi blur tak pon sharp.. aku rasa macam sesuai lah dengan penglibatan aku
dalam kfk, bidang fotografi nie....gambar sharp lagi bgos jelas skit
subjeknya...

Tapi ada jugak ahli kelab yang lebih suka panggil nama penuh 'shafiq rahim'..
Selalu nya Boney dgn Nada la panggil dengan nama full tu..tak kish pon
panjang ke pendek ke.. yang penting orang yg sama...

maksud sebenar shafiq dalam islam ialah rahim....lu pikir la sendiri..


p/s:shafiq rahim || safiq rahim,hampir sama tapi tak serupa...
apa kena mengena dgn bebudakseni plak?
sumber gambar: Hadi@D


Wednesday, October 20, 2010

AYAT2...(smbungan)

SAPE DIA??

<"ALLAH">
DIA lah yang selalu tengok kita,
perhati kita, kerana kaseh sayangnya bagi kita islam,
tanpa taufiq dan hidayah daripada ALLAH,
kita tak tahu kemana kita sekarang.

INSAF...INSAF....

Monday, October 18, 2010

AYAT2..

ade orng beritahu
"die slalu tgok awk, awk je yg xperasan
die sering perhati gelgat awk, awk je yg xsedar
die kate die sayang awk, awk je yg bwt xtau
awk nie sangat beruntung sbab ade yg ambil berat tentang awk"



SAPE DIA???

smbungan esok.......

Sunday, October 10, 2010

'Pemain terlalu berhati-hati'


PAHANG VS JOHOR FC
12 OKTOBER 2010 8:45PM
STADIUM JCORP



BERMAIN dengan terlalu berhati-hati menjadi punca kegagalan Pahang mengutip tiga mata penuh apabila hanya mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Sabah pada saingan Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan, kelmarin, lapor HAFIZ ABBAS.

Namun, jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata, secara keseluruhannya dia berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh semua pemain apatah lagi skuad bimbingannya berjaya melangkah ke peringkat suku akhir meskipun mencatat keputusan seri.

"Semasa bertemu Sabah, Pahang banyak mencipta peluang untuk menjaringkan gol sebelum berjaya menembusi gawang lawan pada minit ke-78 menerusi Mohammad Fauzi Roslan.

"Tetapi malangnya, pemain kami yang sepatutnya menggandakan serangan selepas mendahului telah menukar rentak permainan kepada bermain secara bertahan dan terlalu berhati-hati," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ekoran itu, kata Dollah, pasukan lawan yang jarang melakukan serangan ke arah kubu Pahang berjaya mengambil kesempatan itu untuk meledakkan gol bagi menyamakan jaringan.

"Sabah dilihat tidak banyak menyerang berbanding Pahang. Tetapi mereka menggunakan peluang keemasan yang diperolehi untuk menghasilkan gol.

"Jika pemain dapat menggunakan peluang yang terhidang di hadapan gol sebaik-baiknya, saya percaya keputusan akan berpihak kepada Pahang," katanya.

Menjelang perlawanan menentang Johor FC esok, Dollah berharap agar anak-anak buahnya segera memperbaiki segala kelemahan itu dan mengelakkan beraksi dalam keadaan gementar.

"Johor FC adalah sebuah pasukan yang konsisten, oleh itu, kita perlu memanfaatkan peluang sebaik mungkin untuk memastikan kemaraan pada Piala Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, dia mengakui tiga tonggak Pahang iaitu Fadzli Baharudin, Hasmizan Kamarudin dan Nik Zul Aziz Nawawi tidak dapat diturunkan pada pertemuan esok kerana telah dilayangkan dua kad kuning.

Katanya, seorang lagi pemain iaitu Mohd. Hazri Rozali yang mengalami kecederaan buku lali juga masih belum dapat dipastikan sama ada boleh diturunkan atau tidak.

Ditanya mengenai peluang Pahang untuk melangkah lebih jauh pada Piala Malaysia ini, dia menyatakan ia adalah sesuatu yang tidak mustahil meskipun mereka merupakan pasukan underdog.

"Kita cuba memberi kejutan kepada pasukan lain dengan berlawan habis-habisan pada saingan kali ini," ujarnya.


Sumer: KOSMO


P\S: Dari UTM ke Stadium JCorp unktk tgok match lwn johor FC...emmmm...Ade teman boleh gak nak pg...Sape nak ikot ?????