Masa program tu aku jadi macam fasi lah. ni pun dapat panggilan last minit untuk join program ni. dalam group aku ada 4 orang. semua lelaki pulak tu. ingatkan dapat student perempuan sorang pun jadi dlm group. pembahagian group random je. sape yang duduk hampir dengan kerusi aku dalam dewan tu jadi adik-adik aku lah.

Kotaro,Genki,ME,Sen,Shenki
Nama diorang Shenki, Kotaro, Genki, Sen. diorang memang kurang fasih BI. tapi kena cakap sebiji-sebiji bg jelas.
pertemuan singkat selama 3 jam je ada macam2 aktiviti; quiz, main batu seremban, gamelan, main kompang. haa, lupa nak bagitahu yang datang utm nie dalam 100 orang termasuk cikgu & pengetua diorang. nama sekolah diorang. emmm ??? lupa pulak
Coordinator program tu student UTM sendiri. dia ni memang fasih giler berbahasa jepun. muka pun sebijik orang jepun. mungkin kacukan jepun melayu kot. unit kebudayaan UTM dekat DSI tempat pertemuan time program.
Sewaktu lawat PSZ watashi ronda-ronda kat dalam then jumpa kamus Bahasa Melayu-Jepun. Watshi jumpa ayat dalam kamus tu tanya pasal berapa jumlah ahli keluarga mereka."Anata no kazoku no dono yō ni ōku no menbā?". ada respons dari diorang maknanya dia faham. Shenki(7 orang) yang lain tak ingat. 3 ada, 5, 4 pun ada.

Sempat suruh diorang tulis nama
Diorang ni tak tau pasal facebook rupanya. time dkt PSZ aku sempat surf fb tunjuk dkt diorang tapi mereka tak tahu bendalah apa ni. rugi tak boleh nak add friend
Shenki paling menyerlah dlm group berbanding yg lain senyap je. dari awal sampai akhir dia banyak bagi respon. bulan disember nanti ada lagi lawatan, lagi ramai 300 orang. kena join sekali lagi baru seronok..


arigato.... sayonara....
No comments:
Post a Comment