Saturday, April 27, 2013

Power betul Ironman 3


Selepas menonton Ironman 3 aku rasa semangat nak jadi macam Tony Stark ni, power nak mampus kuasa dia. Habis cerita tu aku bangun je dari seat kat panggung tu terus gaya jalan aku berubah macam Tony Stark. Aku perati jugak sekeliling orang dalam panggung tu takut-takut ada makwe yang perasan ke aku.

Kalau ada peluang satu hari nanti aku ingat nak jadi pengarah untuk Ironman 4, hero setakat ni dah ada sekarang cuma nak cari heroin takde lagi. Bila aku compare kekacakkan aku dengan Tony Stark terus aku rasa down. Aku rasa dah kacak aku ni tapi Tony Stark lagi kacak rupanya. Punya lama aku pikir nak hilangkan rasa down tu masa perjalanan pulang dari panggung ke banglo bujang aku terdetik sesuatu. “Tony Stark hobi main bikin Ironman dia aku ni hobi main basikal bukit, sama power la kiranya,” aku bercakap dalam hati sambil tersenyum manis keseorang. Aku memang suka bab basikal bukit ni sebenarnya.

Cerita adiwira mat salleh punya jalan cerita dia dengan grafik memang betul-betul power. Orang melayu punya adiwira bagi aku paling power pon cicakman. Semangat aku tiba-tiba tulis post ni pon dari semangat tengok Ironman 3 punya pasal. Cilake betul terpedaya dengan agenda freemason gamaknya.



No comments:

Post a Comment