Tuesday, April 30, 2013

Bikin buku

Sebenarnya aku tiba-tiba nak menulis ni sebab aku nak buat novel takpun cerpen  tapi aku mulakan dengan tulis balik blog ni semula. Orang kabor slow-slow jangan gelojoh sangat nak terus merogol blog ni.

Sejak kerajaan bawah pimpinan Najib Razak ni aku tiba-tiba jadi rajin beli novel, buku ilmiah, buku motivasi macam-macam lagi la. Tanpa Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) jangan harap aku nak terhegeh-hegeh jadi ulat buku. Power dah post aku kali ni rasanya walapun macam ada unsur politik sikit.

Duit ke baucer ke kalau mende free ni tak ambik orang panggil bodoh nak mampus. Jangan la nak ego sangat kalau ye pon tak suka kerajaan ni tak suka pembangkang yang bagi mende-mende free. Prinsip aku kalau tangan orang memberi kita hulur tolong ambikkan. Fuh power power power.

Bila dah banyak buku-buku yang aku beli ni, aku ingat nak buat library privasi yang canggih gila. Beraircond ada sofa paling empuk sekali serba-serbi lengkap la.

Post kali ni jangan ambik serius sangat pasal aku nak tulis novel dengan cerpen tu, ni mungkin sembang lebat semata-mata.




No comments:

Post a Comment