Thursday, September 30, 2010

Awang import diketahui Isnin




Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my
SHAH ALAM - Cadangan yang paling kuat diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada sesi penerangan dan pengelolaan Liga Malaysia 2011-2014 ialah membenarkan pemain import kembali dalam Liga Malaysia bermula 2012.

Bagaimanapun, keputusan muktamad tentang cadangan tersebut hanya akan diketahui pada Isnin ini selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang di pengerusikan oleh Presidennya, Sultan Ahmad Shah memperhalusinya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Amin berkata, seandainya cadangan tersebut diterima oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM, setiap pasukan akan dibenarkan untuk mempunyai hanya tiga pemain import sahaja.

Menurut Hamidin, selain itu, terdapat syarat kepada pasukan yang ingin mendapatkan pemain import antaranya ialah setiap pasukan perlu menyelesaikan masalah berkaitan pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta beberapa masalah kewangan yang berkaitan.







''Kita cadangkan untuk membenarkan pemain import pada 2012 dan bukannya pada tahun hadapan ialah untuk memberi peluang kepada semua pasukan menyelesaikan masalah kewangan dan pembayaran KWSP agar tidak membebankan mereka nanti.

''Hanya pasukan yang memenuhi syarat tersebut akan dibenarkan untuk memperoleh pemain import dan 2012 adalah tahun yang sesuai kerana kita tidak mahu tergesa-gesa untuk memperoleh pemain import,'' kata Hamidin pada sidang akhbar selepas membuat rumusan cadangan melalui sesi penerangan dan pengelolaan Liga Malaysia 2011-2014 di sini, semalam.

Kali terakhir khidmat pemain import digunakan dalam Liga Piala Malaysia ialah pada tahun 2008 dan pada ketika itu nama seperti Andres Fuentes Gustavo, Walter Ariel Silva dan Mouise Moudourao cukup dikenali kerana banyak membantu pasukan Johor FC dua tahun lepas.

Dalam pada itu, Hamidin berkata, syarat lain untuk mendapatkan khidmat pemain import ialah status negara pemain tersebut bermain harus melebihi rangking Malaysia dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

''Kedudukan negara pemain import tersebut harus melebihi ranking negara yang di buat oleh FIFA bermula pada tarikh 1 Ogos 2011.

''Kita akan lihat perkembangan liga kita ini sekiranya khidmat pemain import dapat digunakan kembali pada tahun 2012.

''Melalui cadangan ini kami harap sambutan untuk liga di negara ini akan bertambah dan tentunya FAM mengharapkan yang terbaik untuk sukan bola sepak di negara ini,'' jelasnya.


Sumber Utusan Malaysia

Wednesday, September 29, 2010

Pengasas Facebook Lebih Kaya Dari Pengasas Apple













Mengikut senarai terbaru 400 individu terkaya di Amerika Syarikat (The Forbes 400 : The Richest People in America), kedudukan CEO dan co-founder Facebook.com Mark Zuckerberg melonjak dari kedudukan 158 ke 35.

Kini aset beliau dianggarkan bernilai $6.8 bilion.

Klik untuk lihat senarai 400 individu terkaya di Amerika Syarikat

Senarai tersebut menunjukkan bahawa kekayaan beliau telah mengalahkan kekayaan CEO dan co-founder Apple Steve Jobs yang berada di tangga ke-42 dengan $6.8 bilion.

Co-founder Microsoft Bill Gates masih mengungguli carta selama 17 tahun berturut-turut dengan aggaran aset bernilai $54 bilion.

Menurut akhbar Guardian, hari ini Mark Zuckerberg akan menderma sebanyak $100 juta untuk memulihkan sistem persekolahan awam di Newark.

Newark merupakan salah satu bandar metropolitan terburuk di Amerika Syarikat kerana mempunyai kadar jenayah, korupsi, kemisikinan dan pengangguran yang tinggi.

Perkara Baik Kita Contohi

Melalui berita ini, kita dapat lihat salah satu kelebihan orang kaya.

Oleh kerana mereka mempunyai kelebihan dari segi kewangan, mereka mampu membuat perubahan (change) dalam kehidupan orang lain.

Ketika zaman Rasulullah SAW, ramai sahabat yang kaya seperi Abdul Rahman Bin Auf dan Tholhah Bin Ubaidillah menderma kebanyakan dari harta mereka untuk membantu golongan yang memerlukan.

Malah mereka menderma untuk perjuangan Islam. Kita perlu mempunyai azam untuk mencontohi amalan kebajikan yang mereka tunjukkan.

Azam sahaja tidak mencukupi, tetapi kita perlu berusaha dan bekerja kuat untuk menjadi manusia yang hebat.

"Kekuatan dan kemajuan hanya akan datang melalui usaha dan kerja kuat yang berterusan." - Napoleon Hill


TQ iluvislam

Monday, September 27, 2010

DiGi iPhone 4 Play

MY FAVORITE IPHONE APPS





LETS ROCK AND ROLL!!!!!







Remove sleepiness during study by listening to favorite songs through IPHONE 4 APPS such as Pandora Radio, Guitar toolkit, bloom and much more.









MAKE YOURS ENGLISH PROFICIENCY!!!!
with New Oxford American Dictionary....







LEARN TO COOK !!!!
with Martha's Everyday Food: Fresh & Easy Recipes....






Sunday, September 26, 2010

DiGi iPhone 4 Me




IF I GET IPHONE 4G......
I WILL HAPPY ALL DAY!!!!!!!
I WILL HAPPY ALL MONTH!!!!!!
I WILL HAPPY ALL YEAR!!!!!!
I WILL HAPPY ANYTIME!!!!!!!
I WILL HAPPY ANYWHERE!!!!!!!

IPHONE 4G IS THE BEST!!!!!

Amukan Tok Gajah benam KL..

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my



Pemain Pahang, Hasmizan Kamarodin (kiri) bersaing dengan pemain KL, Azmi Sarmin pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Kuala Lumpur, Cheras semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA



Pemain Pahang, Hasmizan Kamarodin (kiri) bersaing dengan pemain KL, Azmi Sarmin pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Kuala Lumpur, Cheras semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA

KUALA LUMPUR - Walaupun terpaksa menjadikan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sebagai tuan rumah, itu tidak menjadi masalah besar buat Pahang mencatatkan kemenangan bergaya 5-2 ke atas Kuala Lumpur dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia, semalam.

Perlawanan itu sepatutnya diadakan di Stadium Darul Makmur pada 17 September lepas, namun terpaksa ditunda ekoran kerosakan lampu limpah.

Skuad Tok Gajah terpaksa menunggu sehingga minit ke-29 untuk memperoleh gol pertama melalui Mohd. Fazli Baharuddin yang menghukum kelalaian pertahanan Kuala Lumpur.

Selepas berjaya merampas bola daripada kawalan pemain Kuala Lumpur, Fazli melepaskan rembatan jarak jauh yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol, Norazlan Razali.

Pahang semakin selesa sebelum separuh masa pertama apabila Azammuddin Mohd. Akil menanduk masa gol kedua pada minit ke-45 selepas menerima bola silang dari sebelah kiri, Mohd. Fauzi Roslan.

Khidmat Azammuddin bagaimanapun terpaksa dilupakan apabila perlawanan memasuki minit ke-52 selepas dia mendapat kecederaan dan digantikan dengan R. Karthigesu.

Pahang tidak perlu menunggu lama apabila Karthigesu memberikan gol ketiga Pahang dengan menanduk masuk bola hantaran Fazli pada minit ke-63.

Kuala Lumpur cuba bangkit memberikan saingan melalui dua gol pantas pada minit ke-65 dan 67 oleh Mohd. Badrul Hisham Azmi dan Ahmad Hazwan Bakri.

Bagaimanapun, anak-anak buah Dollah Salleh kembali menjarakkan kedudukan melalui gol keempat pada minit ke-70 berpunca daripada situasi sepakan percuma sebelum ditanduk oleh pertahanan Pahang, Mohd. Saiful Nizam Miswan.

Tok Gajah semakin garang dengan gol kelima apabila percubaan pemain gantian, Famirul Asraf Sayuti tertampan oleh Ahmad Darsila Tajudin sebelum bolos ke gawang Kuala Lumpur pada minit ke-84.

Dengan kemenangan itu, Pahang kini kembali mendahului kedudukan kumpulan hasil dua kemenangan dan memungut enam mata sementara Kuala Lumpur di tangga ketiga memperoleh empat mata.


sumber: UTUSAN MALAYSIA



Thursday, September 23, 2010

Wah!! boleh maen game PS2 kt PC





Gamers sekalian, korang tentu nak try maen game PS2 kt PC kan...Jom kite try bende yang dah lame ni tp bru nk amek tau....

[[[PCSX2 0.9.6 Emulyator Sony Playstation 2 on PC Multi | 24 Mb ]]]] nie amat
diperlukan.

MUAT TURUN SINI!!!!

IKOTLAH STEP2 BERIKUT:


PCSX2 - program for playing games with a gaming console Sony Playstation 2 on your PC.
Installation:
For emulirovaniya are only two things more or less powerful computer, and most importantly, the brain!! Program working myself it yuzayu .....


VERY IMPORTANT: None of the folder must not contain in its title Cyrillic!
C: GamesPCSX2 - correctly.
C: IgryPCSX2 - wrong!


System requirements:
The requirements do not have the upper ceiling, the more powerful computer, the better.


1) Download
2) Go to file PCSX2_0.9.6_setup
2.1) Set
3) Go to the folder installed program
4) Open the file PCSX2_0.9.6_setup
5) Then do as in the picture below (but not necessarily, if you want to leave everything in English that even in Hebrew to me anyway. Just to explain further I will be in Russian)


5.1) Next you need to go to Settings and select the settings and configure everything as in the picture below.


In paragraph settings Cdvd drive. Line Source drive to select the drive on which emuliruetsya way through the Demon Tools, Alcohol or other emulyatory ...
6) Then again, we go in the settings. In the bottom left of the item is a folder with the Bios, we click on it and put this point to the folder Bios which is in the downloaded folder
7) Mount the game in which you are going to play through the Demon Tools, Alcohol or other emulyatory
8) Go back to PCSX2 click File / run CD / DVD


p/s: Do not forget to configure the gamepad settings.





TQ.

credit to kamitheblog.blogspot.com


Wednesday, September 22, 2010

Gudang DOWNLOAD yang best





Korang biasa download ktmane...nie aku nak post skit gudang2 mendownload antara yang terbaeeekkk...

LAGU INDIE :
indie-mp3download.blogspot.com


NASYID:
cartanasyid-ikim.blogspot.com

MACAM2:

syoknyadownload.blogspot.com


MOVIE:
moviesmediafire.blogspot.com

NIE DAH FAMILIAR:
syok.org
asscrewz.com
gempak.org

PES MALAYSIA
malaysia-pes.blogspot.com

TEMPLATES BLOG
www.deluxetemplates.net


...Sebenarnye banyak lagi gudang2 DOWNLOAD...
...Sape2 tau gudang2 laen boleh lah shared...


Tuesday, September 21, 2010

Lima Syarat Berbuat Maksiat

JOM BACA sebagai peringatan.




Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata:

01."Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

02."Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

03."Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

04."Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab:

05."Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.


sumber: iluvislam


Friday, September 17, 2010

Piala Malaysia 2010: Perlawanan Pahang VS Kuala Lumpur ditunda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Sungguh tak puas hati betul kome dengan pihak pengurusan Stadium Pahang Darul Makmur sewaktu perlawanan Piala Malaysia 2010 antara pasukan Pahang menentang Kuala Lumpur. Perlawan ditunda atas sebab masalah teknikal yang berlaku iaitu lampu limpah pada sebelah satu tiang stadium yang tak berfungsi.

Penyokong amat kecewa dan tak puas hati sebab ada yang datang dari jauh nak melihat pasukan kesayangan bermain tetapi masalah macam ni timbul.

Kalau nak diikutkan, game tersebut boleh aje nak mula tetapi coach KL tak puas hati dengan pencahayaan stadium. Padahal kome yang duduk dalam stadium boleh je nampak batang idung die tu

Pahang bermula baik untuk Piala Malaysia musim ini, pada game 1st menang dengan Terengganu, Pahang tumpaskan Terengganu 3 gol berbalas 1. Perlawanan yang ditunda ini boleh menyentap semangat pasukan tokgajah untuk meneruskan perlawanan akan datang. Tetapi penyokong yakin terhadap pemain-pemain pahang dan sentiasa memberi sokongan penuh dari belakang.

Apa yang bagus dkt sini sbb penyokong pahang sabo je mase tunggu kt dlm stdium. Takde lah sampai bakar2 kerusinye mcm pasukan red warrior n selangor tu. tetapi mulut tetap lancar berkata - kata.

Sepatutnya lampu limpah perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum bermulanya sesebuah perlawanan. Sumber dari player pahang beritahu yang lampu tersebut dah sebulan tak dibaiki iaitu sejak perlawanan persahabatan dengan skuad piala emas.

Pihak stadium harus begerak pantas dan efektif dalam menangani masalah yang timbul sewaktu perlawanan ingin bermula.

Harga tiket meningkat dari RM7 ke RM10, tetapi pihak pengurusan stadium tidak memuaskan juga. Dengan keadaan tandas yang tak terurus...tandas dah lah kotor semacam. nak masuk pon kena bayar sebelum masuk padahal dah bayar tiket.

Tiket dah tak boleh claim semula. Nak buat mcm mana ni..Harap ade berita baik lah selepas kejadian mcm ni berlaku. Satu lagi yang nak malunya sebab matsalleh pon mari nak tengok game malaysia macam mane.Kalau kita gitu jugak nak pergi tgok game EPL.

Penyokong Pahang juga berharap agar pihak pengurusan stadium lebih perihatin terhadap masalah ini dan bertindak pantas untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku pada masa akan datang.

p/s:Nasib baik Sabah seri dgn Terengganu 2-2.




tak puas hati betul...
Reaksi Penyokong yang tak berpuas hati




3 orang mat salleh
3 orang mat salleh yang datang nak tgok match malaysia mcamane




mintak claim balek tiket
Kami nak balik duit kami!!!!!




boikot!!!!
Semua penyokong menunnggu tak nak keluar stadium




IMG_1576




IMG_1588




IMG_1587
Lampu ni lah yang dah sebulan tak dibaiki. Apa nak jadi pihak pengurusan stadium???




Wednesday, September 8, 2010

..\\ SELAMAT HARI RAYA //...

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN


kepada seluruh umat islam dan kepada rakyat malaysia...
terutama kepada kedua ibubapa yg berada di kg. halaman, sedara mara, wan, aki, anak buah yg diingati selalu...
serta seluroh warga SKBS, SMK TOKSERA, MRSM MZMS, KMM, UTM....same adew cikgu,stff mahupon rakan yg mengenali @ tidak...

Sentiasa ingat lah orang terSAYANG..
Pandu berhati-hati..Tgok kiri, tgok kanan sblom melintas..
maen mercon bior betoi...nak maen, maen lah yang mahal...baru selmat...
makan ingat sket perot tuu..yg besar nk mkan bnyak xpelah..yg kecik tu beringat2 lah..
Duet raye mcm susah jew nak dpt...da besor skit kot..

gitttuuuuuuu.........wsalam

dengarkan.....






Monday, September 6, 2010

TEH TIGA LAPIS beb.....

Moh kita try buat teh tiga lapis untuk minuman buka pose arini.
first time den minom kt johor, pastu da skali minom pasti nak lagi..memang best teh nie..serius, rasenye mcm cendol2 skit tp rse teh ttp adew. aku pon tak tau mane asalnye teh nie..mudah jew nak bwt teh nie...Bahan2 nye;


Bahan-bahan
200 ml susu cair
Ais secukupnya

Bahan Air Teh
200 ml air panas
1 uncang teh

Bahan air gula Melaka

80 g gula melaka
150 g gula merah
40 g gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpulkan

Jerang semua bahan air gula Melaka hingga mendidih.

Perlahankan api, renehkan hingga pekat (jangan terlalu pekat kerana ia akan menjadi keras bila sejuk). Biar sejuk.

Tuangkan air gula Melaka ke dalam gelas.

Tuangkan pula susu cair untuk lapisan tengah.

Akhir sekali, tuangkan air teh (perlahan-lahan) dan masukkan ais.


Sukatan bahan tu boleh ikot citerase masing2 lor.
nak manis lagi tmbah lah gula pasir xpon gula melaka tu bnyak sikit...

AMARAN!!!! KURANGKAN MANISAN DALAM MINUMAN/MAKANAN ANDA


credit to norzailina's.blogspot.com dan suzianahsahar.blogspot.com




Wednesday, September 1, 2010

"Balek Kampong"


Owwhh..Owwhh balek kampong
Owhhh Owwhh balek kampong
Hati riang....

Esok da balek kampong, Perasaan gumbira tu adew lah skit tp dah tak mcam mase time mude2 dlu...hahaha...Lagu raye pon sume dah isi dalam phone sbb nak dengar semase perjalanan nanti...

Perjalan ke kuantan dari seri puteri ini lebih kurang 6jam rasenye....Ni 1st time blek umah slepas register kt UTM nie...Dah 2 bulan gitu tak balek2 umah...Feel balek kg kali nie memuncak la jgak..

Balek ngan Kosmate ku, HELMI ...die nak balek kemaman,tganu...tp naek bas behenti kuantan...Selamat anda mber xlah bosan sngat dlm bas nanti...Boleh borak2.

Bas tolak 6ptg, mmg b'buke dalam bas lah mcm nie....tak penah lg rasenye b'buke dlm bas...MARALINER bas pilihan..

OKEYlah....LASTlly

INGATLAH ORANG TERSAYANG
DAN
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN