Monday, September 6, 2010

TEH TIGA LAPIS beb.....

Moh kita try buat teh tiga lapis untuk minuman buka pose arini.
first time den minom kt johor, pastu da skali minom pasti nak lagi..memang best teh nie..serius, rasenye mcm cendol2 skit tp rse teh ttp adew. aku pon tak tau mane asalnye teh nie..mudah jew nak bwt teh nie...Bahan2 nye;


Bahan-bahan
200 ml susu cair
Ais secukupnya

Bahan Air Teh
200 ml air panas
1 uncang teh

Bahan air gula Melaka

80 g gula melaka
150 g gula merah
40 g gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpulkan

Jerang semua bahan air gula Melaka hingga mendidih.

Perlahankan api, renehkan hingga pekat (jangan terlalu pekat kerana ia akan menjadi keras bila sejuk). Biar sejuk.

Tuangkan air gula Melaka ke dalam gelas.

Tuangkan pula susu cair untuk lapisan tengah.

Akhir sekali, tuangkan air teh (perlahan-lahan) dan masukkan ais.


Sukatan bahan tu boleh ikot citerase masing2 lor.
nak manis lagi tmbah lah gula pasir xpon gula melaka tu bnyak sikit...

AMARAN!!!! KURANGKAN MANISAN DALAM MINUMAN/MAKANAN ANDA


credit to norzailina's.blogspot.com dan suzianahsahar.blogspot.com




1 comment: