Sunday, October 10, 2010

'Pemain terlalu berhati-hati'


PAHANG VS JOHOR FC
12 OKTOBER 2010 8:45PM
STADIUM JCORP



BERMAIN dengan terlalu berhati-hati menjadi punca kegagalan Pahang mengutip tiga mata penuh apabila hanya mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Sabah pada saingan Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan, kelmarin, lapor HAFIZ ABBAS.

Namun, jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata, secara keseluruhannya dia berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh semua pemain apatah lagi skuad bimbingannya berjaya melangkah ke peringkat suku akhir meskipun mencatat keputusan seri.

"Semasa bertemu Sabah, Pahang banyak mencipta peluang untuk menjaringkan gol sebelum berjaya menembusi gawang lawan pada minit ke-78 menerusi Mohammad Fauzi Roslan.

"Tetapi malangnya, pemain kami yang sepatutnya menggandakan serangan selepas mendahului telah menukar rentak permainan kepada bermain secara bertahan dan terlalu berhati-hati," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ekoran itu, kata Dollah, pasukan lawan yang jarang melakukan serangan ke arah kubu Pahang berjaya mengambil kesempatan itu untuk meledakkan gol bagi menyamakan jaringan.

"Sabah dilihat tidak banyak menyerang berbanding Pahang. Tetapi mereka menggunakan peluang keemasan yang diperolehi untuk menghasilkan gol.

"Jika pemain dapat menggunakan peluang yang terhidang di hadapan gol sebaik-baiknya, saya percaya keputusan akan berpihak kepada Pahang," katanya.

Menjelang perlawanan menentang Johor FC esok, Dollah berharap agar anak-anak buahnya segera memperbaiki segala kelemahan itu dan mengelakkan beraksi dalam keadaan gementar.

"Johor FC adalah sebuah pasukan yang konsisten, oleh itu, kita perlu memanfaatkan peluang sebaik mungkin untuk memastikan kemaraan pada Piala Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, dia mengakui tiga tonggak Pahang iaitu Fadzli Baharudin, Hasmizan Kamarudin dan Nik Zul Aziz Nawawi tidak dapat diturunkan pada pertemuan esok kerana telah dilayangkan dua kad kuning.

Katanya, seorang lagi pemain iaitu Mohd. Hazri Rozali yang mengalami kecederaan buku lali juga masih belum dapat dipastikan sama ada boleh diturunkan atau tidak.

Ditanya mengenai peluang Pahang untuk melangkah lebih jauh pada Piala Malaysia ini, dia menyatakan ia adalah sesuatu yang tidak mustahil meskipun mereka merupakan pasukan underdog.

"Kita cuba memberi kejutan kepada pasukan lain dengan berlawan habis-habisan pada saingan kali ini," ujarnya.


Sumer: KOSMO


P\S: Dari UTM ke Stadium JCorp unktk tgok match lwn johor FC...emmmm...Ade teman boleh gak nak pg...Sape nak ikot ?????

No comments:

Post a Comment