Tuesday, April 30, 2013

Bikin buku

Sebenarnya aku tiba-tiba nak menulis ni sebab aku nak buat novel takpun cerpen  tapi aku mulakan dengan tulis balik blog ni semula. Orang kabor slow-slow jangan gelojoh sangat nak terus merogol blog ni.

Sejak kerajaan bawah pimpinan Najib Razak ni aku tiba-tiba jadi rajin beli novel, buku ilmiah, buku motivasi macam-macam lagi la. Tanpa Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) jangan harap aku nak terhegeh-hegeh jadi ulat buku. Power dah post aku kali ni rasanya walapun macam ada unsur politik sikit.

Duit ke baucer ke kalau mende free ni tak ambik orang panggil bodoh nak mampus. Jangan la nak ego sangat kalau ye pon tak suka kerajaan ni tak suka pembangkang yang bagi mende-mende free. Prinsip aku kalau tangan orang memberi kita hulur tolong ambikkan. Fuh power power power.

Bila dah banyak buku-buku yang aku beli ni, aku ingat nak buat library privasi yang canggih gila. Beraircond ada sofa paling empuk sekali serba-serbi lengkap la.

Post kali ni jangan ambik serius sangat pasal aku nak tulis novel dengan cerpen tu, ni mungkin sembang lebat semata-mata.




Saturday, April 27, 2013

Power betul Ironman 3


Selepas menonton Ironman 3 aku rasa semangat nak jadi macam Tony Stark ni, power nak mampus kuasa dia. Habis cerita tu aku bangun je dari seat kat panggung tu terus gaya jalan aku berubah macam Tony Stark. Aku perati jugak sekeliling orang dalam panggung tu takut-takut ada makwe yang perasan ke aku.

Kalau ada peluang satu hari nanti aku ingat nak jadi pengarah untuk Ironman 4, hero setakat ni dah ada sekarang cuma nak cari heroin takde lagi. Bila aku compare kekacakkan aku dengan Tony Stark terus aku rasa down. Aku rasa dah kacak aku ni tapi Tony Stark lagi kacak rupanya. Punya lama aku pikir nak hilangkan rasa down tu masa perjalanan pulang dari panggung ke banglo bujang aku terdetik sesuatu. “Tony Stark hobi main bikin Ironman dia aku ni hobi main basikal bukit, sama power la kiranya,” aku bercakap dalam hati sambil tersenyum manis keseorang. Aku memang suka bab basikal bukit ni sebenarnya.

Cerita adiwira mat salleh punya jalan cerita dia dengan grafik memang betul-betul power. Orang melayu punya adiwira bagi aku paling power pon cicakman. Semangat aku tiba-tiba tulis post ni pon dari semangat tengok Ironman 3 punya pasal. Cilake betul terpedaya dengan agenda freemason gamaknya.



Tuesday, March 26, 2013

Jangan tanya kenapa

Fuh, dengar tajuk post ni pon dah buat ramai tertanya-tanya. Ok jangan tanya kenapa aku tiba-tiba nak update blog ni, nanti aku flying kick atas dada sorang-sorang, Rilek semua rilek.

"Goollllll !". sebenarnya Jerman baru lepas buat gol tadi lawan dengan Kazakhtan. Laju nak mati internet pagi buta ni tengok live streaming serupa macam tengok dekat Astro dah. Aku tengah tengok kelayakan piala dunia ni sorang-sorang. Padahal makwe dah tertunggu-tunggu dalam mimpi tapi bola ni lagi penting dari makwe dalam mimpi tu. Tengok bola ni lagi sedak dari jumpa makwe dalam mimpi, ok aku bohong. kakaka.

Kan aku dah kabor jangan tanya kenapa, dah-dah aku nak tengok bola lagi baik. Engko orang baca dulu apa yang patut, engko orang baca dulu.





Monday, December 17, 2012

Jepun darul ohsem !


Amboi baru hari ni aku nak post pasal lawatan belajar ke Tokyo Jepun ni, dah setahun lebih pergi nya pon.  Malas benor nak cerita panjang aku bagitahu je la mana tempat patut engko pergi ni; Akihaibara (dunia anime dan gajet), Asakusa (beli barang budaya Jepun, cari buah tangan), Yokohama, Trick Art Museum (ni gempak gila !), Mitsubishi Industry Museum, Meiji University, Tokyo Backpackers (penginapan), Toyota museum tak silap, Shinjuku (ni tempat macam Bukit Bintang), Tokyo Camii Turkish Mosque, dan banyak lagi la.

Aku pergi masa musim Sakura ok, bapak best ! cuaca sana dalam 10-15 degree jugak la. Bajet sorang dalam rm3500 dari mula naik kapal terbang lcct-haneda-lcct, semua sekali la makan minum, penginapan, pengangkutan, beli dan belah jugak. Harga duit sana mahal ya ampun, sana bukan tempat nak beli belah sangat la, Malaysia lagi murah. 

Budaya dan cara hidup orang sana sangat berbeza, pergi tengah bandar Tokyo lain orang nya, pergi luar bandar lain orangnya. Apapon engko patut pergi merasa sana kalau ada duit la. Kejap, orang sana boleh dikatakan sepatah haram tak tahu english ni sebab tu engko kena belajar sikit bahasa Jepun ni. 

Makan mesti la kena cari  yang halal (kedai arab). kedai shushi sana pon boleh makan jangan makan menu berdaging sudah la, ikan ok sana. Ha ! sana tandas lantai tak basah, takde air paip guna tisu tau. 

Alamak ! ni dah terpanjang aku cerita, ni kalau engko nak tahu lagi pasal bestnya kat sana, engko boleh la roger aku kat facebook, twitter tu haa. Jangan malu nanti sesat jalan kat Jepun tu kang, jaga-jaga...


Tuesday, December 11, 2012

Kawan-kawan kita


Sana sini buat Durian Crepe, buat Pavlova, dia pon nak ikut jugak buat, itu kawan kita.
Lawa betul fixie dengan kaler-kaler bagai, dia beli tapi main ikut musim je, itu kawan kita.

Dia minat ambik gambar, dia pon beli DSLR sebijik, pakai mode auto je, itu kawan kita.
Orang lain bergeli-geli  dengan pakwe makwe, dia jeles, dia cari pakwe/makwe jugak, itu kawan kita.

“Ask me for bbpin”, dunia dah maju boleh ber BBM, dia pengguna Blackberry, itu kawan kita.
Dulu pakai telepon keypad, sekarang pakai touchscreen, boleh wassap, instagram, foursquare, itu kawan kita.

Bapak pakai kereta mata belalang,  anak berdress up bagai artis, itu kawan kita.
Pakai baju hari ni sama, esok sama, lusa pon sama, dia anak nelayan, itu kawan kita.

Bila senang, dia tak nampak engko, bila dia susah  baru la jadi kawan, itu kawan kita.
Exam result cukup makan, tidur makan main tu je keje nya, itu kawan kita.

Belajar 24jam sehari dah macam 7Eleven, engko ni nerd, itu kawan kita.
Edit gambar, pastu post dekat fb letak caption “saya tak cantik/kacak pon”, itu kawan kita.
Kemain ada gambar baru je buat tukar profile picture, cover photo, itu kawan kita.