Orang naik kereta orang kaya,
Bawa bersama kuih raya,
Jalan sesak macam balik raya,
Raya apa ? pilihanraya.
Pergi pasar naik kuda,
Pelik betul ini manusia,
PAS BN PKR DAP semua ada,
Kita tetap satuuuuuu Malaysiaaaaaa
Bangla kerja jadi jaga,
Pencuri datang bila alpa,
Berkempen-kempen juga,
Anak bini jangan dilupa.
Comel comel macam Kak Ton
Siapa berani jom berbalas panton.
Saturday, May 4, 2013
Tuesday, April 30, 2013
Bikin buku
Sebenarnya aku tiba-tiba nak
menulis ni sebab aku nak buat novel takpun cerpen tapi aku mulakan dengan tulis balik blog ni
semula. Orang kabor slow-slow jangan gelojoh sangat nak terus merogol blog ni.
Sejak kerajaan bawah pimpinan
Najib Razak ni aku tiba-tiba jadi rajin beli novel, buku ilmiah, buku motivasi
macam-macam lagi la. Tanpa Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) jangan harap aku nak
terhegeh-hegeh jadi ulat buku. Power
dah post aku kali ni rasanya walapun
macam ada unsur politik sikit.
Duit ke baucer ke kalau mende
free ni tak ambik orang panggil bodoh nak mampus. Jangan la nak ego sangat
kalau ye pon tak suka kerajaan ni tak suka pembangkang yang bagi mende-mende
free. Prinsip aku kalau tangan orang memberi kita hulur tolong ambikkan. Fuh power power power.
Bila dah banyak buku-buku yang
aku beli ni, aku ingat nak buat library
privasi yang canggih gila. Beraircond
ada sofa paling empuk sekali serba-serbi lengkap la.
Post kali ni jangan ambik serius sangat pasal aku nak tulis novel
dengan cerpen tu, ni mungkin sembang lebat semata-mata.
Saturday, April 27, 2013
Power betul Ironman 3
Selepas menonton Ironman 3 aku rasa semangat nak jadi macam
Tony Stark ni, power nak mampus kuasa dia. Habis cerita tu aku bangun je dari
seat kat panggung tu terus gaya jalan aku berubah macam Tony Stark. Aku perati
jugak sekeliling orang dalam panggung tu takut-takut ada makwe yang perasan ke
aku.
Kalau ada peluang satu hari nanti aku ingat nak jadi pengarah
untuk Ironman 4, hero setakat ni dah ada sekarang cuma nak cari heroin takde
lagi. Bila aku compare kekacakkan aku dengan Tony Stark terus aku rasa down.
Aku rasa dah kacak aku ni tapi Tony Stark lagi kacak rupanya. Punya lama aku pikir
nak hilangkan rasa down tu masa perjalanan pulang dari panggung ke banglo bujang
aku terdetik sesuatu. “Tony Stark hobi main bikin Ironman dia aku ni hobi main
basikal bukit, sama power la kiranya,” aku bercakap dalam hati sambil tersenyum
manis keseorang. Aku memang suka bab basikal bukit ni sebenarnya.
Cerita adiwira mat salleh punya jalan cerita dia dengan
grafik memang betul-betul power. Orang melayu punya adiwira bagi aku paling
power pon cicakman. Semangat aku tiba-tiba tulis post ni pon dari semangat
tengok Ironman 3 punya pasal. Cilake betul terpedaya dengan agenda freemason
gamaknya.
Tuesday, March 26, 2013
Jangan tanya kenapa
Fuh, dengar tajuk post ni pon dah buat ramai tertanya-tanya. Ok jangan tanya kenapa aku tiba-tiba nak update blog ni, nanti aku flying kick atas dada sorang-sorang, Rilek semua rilek.
"Goollllll !". sebenarnya Jerman baru lepas buat gol tadi lawan dengan Kazakhtan. Laju nak mati internet pagi buta ni tengok live streaming serupa macam tengok dekat Astro dah. Aku tengah tengok kelayakan piala dunia ni sorang-sorang. Padahal makwe dah tertunggu-tunggu dalam mimpi tapi bola ni lagi penting dari makwe dalam mimpi tu. Tengok bola ni lagi sedak dari jumpa makwe dalam mimpi, ok aku bohong. kakaka.
Kan aku dah kabor jangan tanya kenapa, dah-dah aku nak tengok bola lagi baik. Engko orang baca dulu apa yang patut, engko orang baca dulu.
"Goollllll !". sebenarnya Jerman baru lepas buat gol tadi lawan dengan Kazakhtan. Laju nak mati internet pagi buta ni tengok live streaming serupa macam tengok dekat Astro dah. Aku tengah tengok kelayakan piala dunia ni sorang-sorang. Padahal makwe dah tertunggu-tunggu dalam mimpi tapi bola ni lagi penting dari makwe dalam mimpi tu. Tengok bola ni lagi sedak dari jumpa makwe dalam mimpi, ok aku bohong. kakaka.
Kan aku dah kabor jangan tanya kenapa, dah-dah aku nak tengok bola lagi baik. Engko orang baca dulu apa yang patut, engko orang baca dulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)