Tuesday, October 26, 2010

Program Sepanjang SEM1



Haa...Nah amek kau!! progam yang aku dah join sepanjang sem 1 ni...
dalam mase lebih kurang 3 bulan lebih nie start bulan 7, nielah tag nama yang terkumpul....

Dari program kolej sampai lah program kelab dan universiti
Program yang aku terlibat:

1. Karnival Warna-Warni 1Malaysia(WAW)
>> Tugas Khas

2. SUKAM 2010 Kolej Tuanku Canselor(KTC)
>> Pengangkutan Atlet

3. Seminar & Motivasi SPM Dun Panti 2010
>> Tugas Khas

4. Majlis Konvokesyen UTM ke-45(unit pengambilan gambar graduan)
>> Editor Studio-4

5. Riang Raya KTC 2010
>> Tugas Khas

6. Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar Johor & Perasmian SEJATI
>> Tugas Khas

7. Karnival Rekacipta Kebangsaan
>> Urusetia Pertandingan

Kebanyakan Tugas Khas, Apekah?
>>buat kad matrik
>>buat sijil
>>boleh buat apa2 tugas, di sub ke unit lain; photographer, keselamatan,peralatan...


Pernah aku kena sound ngan makhluk sorang ni "Program2 gak belaja jgan lupe".
Yang tu okey lagi. Ni seorang lagi "Kau ni giler kuasa ar beb".Sabo jelah
dengan mereka semua ni. Tanggungjawab kerja tu kena buat lah dah orang offer.
dah ada chance kena GRAB ler..kui3...

"ORANG YANG BERJAYA IALAH MEREKA YANG PANDAI MENGGUNA PELUANG YANG ADA"-BebudakSeni-

Kelebihan sertai program;
>>Member bertambah. Bila ramai member bertambah rezeki. bertambah rezeki.
bertambah peluang....
>>melatih kepimpinan@leadership.
>>meningkatkan keyakinan diri.

Berprogram untuk semester 1 ni dah abes, masa untuk fokus dan ulangkaji semua subjek,
recover ape yang patut sebelum final exam.. buat abes baek weh....

ALL THE BEST !!!!


p/s: kena buat trademark bebudakseni, tak pon logo...nantikan


Sunday, October 24, 2010

Nickname di KelabFotokreatif




Kelas Bimbingan 2(KB2)
Tempat: Kotaraya, DangaBay, Zoo Johor, Area bandar JB....


Di kelab fotokreatif(kfk) orang panggil aku 'SHARP'. Macamana pulak timbul nama tu? Kalau nak tau, masa kelas bimbingan 2(kb2) kfk lah dapat nama samaran tu....
nama tu fasi2 group aku la bagi....mereka ialah; Ayong,Belly & Fiq..
ahli kumpulan aku yang lain pulak; afiq,pian dgn pija...kalu korang perasan
sume nama fasi ngn group member dlm short form...sebab tu nama 'SHARP' timbul..
sebab ringkas dan mudah siket diorang nak panggil...tak payah lar nak
membazir air liur panggil nama panjang2...tapi ada jugak sesetengah orang
yang suka panggil nama penuh..okey je...

Kenapa tak fiq??
tak guna fiq sbb fiq da reserve oleh fasi aku tu, afiq pon dah reserve...
mula2 diorang nak panggil aku 'sha'... macam nama pompuan plak...so, nak kasi bunyi laki, tambah lar dua huruf 'rp' dkt belakang 'sha'.... jadi nickname sekarang aku di kfk 'SHARP'...




SHAFIQ - FIQ = SHA
SHA + RP = SHARP

Aku setuju je dgn nama tu...tapi sebelum ni aku ingat ejaannya 'SHAP'..
tapi time start gerak kerja konvo-45, baru aku perasan yang diorang panggil
dengan ejaan SHARP = tajam (seperti yg terpampar di kertas2 kehadiran)..
aku pikir okey jugak nickname tu...sebab maksud dia tajam...selain tu,
kalu satu2 foto yg kite snap..foto tu mesti boleh
jadi blur tak pon sharp.. aku rasa macam sesuai lah dengan penglibatan aku
dalam kfk, bidang fotografi nie....gambar sharp lagi bgos jelas skit
subjeknya...

Tapi ada jugak ahli kelab yang lebih suka panggil nama penuh 'shafiq rahim'..
Selalu nya Boney dgn Nada la panggil dengan nama full tu..tak kish pon
panjang ke pendek ke.. yang penting orang yg sama...

maksud sebenar shafiq dalam islam ialah rahim....lu pikir la sendiri..


p/s:shafiq rahim || safiq rahim,hampir sama tapi tak serupa...
apa kena mengena dgn bebudakseni plak?
sumber gambar: Hadi@D


Wednesday, October 20, 2010

AYAT2...(smbungan)

SAPE DIA??

<"ALLAH">
DIA lah yang selalu tengok kita,
perhati kita, kerana kaseh sayangnya bagi kita islam,
tanpa taufiq dan hidayah daripada ALLAH,
kita tak tahu kemana kita sekarang.

INSAF...INSAF....

Monday, October 18, 2010

AYAT2..

ade orng beritahu
"die slalu tgok awk, awk je yg xperasan
die sering perhati gelgat awk, awk je yg xsedar
die kate die sayang awk, awk je yg bwt xtau
awk nie sangat beruntung sbab ade yg ambil berat tentang awk"



SAPE DIA???

smbungan esok.......

Sunday, October 10, 2010

'Pemain terlalu berhati-hati'


PAHANG VS JOHOR FC
12 OKTOBER 2010 8:45PM
STADIUM JCORP



BERMAIN dengan terlalu berhati-hati menjadi punca kegagalan Pahang mengutip tiga mata penuh apabila hanya mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Sabah pada saingan Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan, kelmarin, lapor HAFIZ ABBAS.

Namun, jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata, secara keseluruhannya dia berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh semua pemain apatah lagi skuad bimbingannya berjaya melangkah ke peringkat suku akhir meskipun mencatat keputusan seri.

"Semasa bertemu Sabah, Pahang banyak mencipta peluang untuk menjaringkan gol sebelum berjaya menembusi gawang lawan pada minit ke-78 menerusi Mohammad Fauzi Roslan.

"Tetapi malangnya, pemain kami yang sepatutnya menggandakan serangan selepas mendahului telah menukar rentak permainan kepada bermain secara bertahan dan terlalu berhati-hati," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ekoran itu, kata Dollah, pasukan lawan yang jarang melakukan serangan ke arah kubu Pahang berjaya mengambil kesempatan itu untuk meledakkan gol bagi menyamakan jaringan.

"Sabah dilihat tidak banyak menyerang berbanding Pahang. Tetapi mereka menggunakan peluang keemasan yang diperolehi untuk menghasilkan gol.

"Jika pemain dapat menggunakan peluang yang terhidang di hadapan gol sebaik-baiknya, saya percaya keputusan akan berpihak kepada Pahang," katanya.

Menjelang perlawanan menentang Johor FC esok, Dollah berharap agar anak-anak buahnya segera memperbaiki segala kelemahan itu dan mengelakkan beraksi dalam keadaan gementar.

"Johor FC adalah sebuah pasukan yang konsisten, oleh itu, kita perlu memanfaatkan peluang sebaik mungkin untuk memastikan kemaraan pada Piala Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, dia mengakui tiga tonggak Pahang iaitu Fadzli Baharudin, Hasmizan Kamarudin dan Nik Zul Aziz Nawawi tidak dapat diturunkan pada pertemuan esok kerana telah dilayangkan dua kad kuning.

Katanya, seorang lagi pemain iaitu Mohd. Hazri Rozali yang mengalami kecederaan buku lali juga masih belum dapat dipastikan sama ada boleh diturunkan atau tidak.

Ditanya mengenai peluang Pahang untuk melangkah lebih jauh pada Piala Malaysia ini, dia menyatakan ia adalah sesuatu yang tidak mustahil meskipun mereka merupakan pasukan underdog.

"Kita cuba memberi kejutan kepada pasukan lain dengan berlawan habis-habisan pada saingan kali ini," ujarnya.


Sumer: KOSMO


P\S: Dari UTM ke Stadium JCorp unktk tgok match lwn johor FC...emmmm...Ade teman boleh gak nak pg...Sape nak ikot ?????

Monday, October 4, 2010

Maher Zain datang Malaysia!!!!!




Jom lah kawan2 kita meriah kan showcase "SAVE THE SOUL" beliau yg kan diadakan pada

14th dan 15th Oktober 2010 nie....tp dengarnya tiket sume dah abes.... papehal nak tahu contact lah no. kt atas.

nak tahu lagi maklumat lanjut pg fb beliau: www.facebook.com/MaherZain


Tiket paling mahal pon RM200 jew....murah skali RM70....amcam

Suara die memamg mantap...tersentuh kalbu pon adew
SAPE NAK PERGI????? JOOMMMMM!!!



Nie time kt Brunei baru2 nie





Saturday, October 2, 2010

UTM pertama wujudkan sekretariat IEM



IR. Mohd Khir Mohammad (kanan) bertukar perjanjian dengan Dr. Mohd Azraai Kassim sambil diperhatikan Dr. Zaini Ujang di UTM, Skudai, Johor Bahru, kelmarin.







JOHOR BAHRU 2 Okt. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama di negara ini mewujudkan sekretariat Institusi Jurutera Malaysia (IEM) di dalam kampus.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, penubuhan sekretariat itu membantu meningkatkan bilangan jurutera profesional dalam kalangan tenaga akademik di dalam kampus tersebut pada masa akan datang.

Beliau berkata, sebagai sebuah pusat pengajian tinggi terbesar dalam bidang kejuruteraan di negara ini, UTM memerlukan lebih ramai tenaga akademik yang memiliki kelayakan jurutera profesional bagi memenuhi keperluan akreditasi program kejuruteraan.

"Langkah ini sejajar dengan hasrat UTM untuk menggalakkan lebih ramai kakitangan akademik mempunyai kelayakan profesional bagi melahirkan lebih ramai graduan berkualiti.

"Dengan adanya sekretariat IEM di dalam kampus UTM, mereka juga dapat membantu mahasiswa di sini untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas tentang profesion kejuruteraan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Penyerahan Bangunan Ingenieur IEM Cawangan Selatan dan Program Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTM dan IEM di Kolej Tun Dr. Ismail, UTM Skudai, dekat sini semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua IEM, Prof. Ir. Datuk Dr. Chuah Hean Teik; Pengerusi IEM Cawangan Selatan, Ir. Mohd. Khir Muhammad dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTM, Prof. Ir. Dr. Mohd. Azraai Kasim.

Zaini berkata, hubungan erat antara UTM dan IEM dapat memantapkan mahasiswa dalam bidang kejuruteraan menerusi pelbagai aktiviti seperti seminar dan ceramah.

Beliau berkata, IEM merupakan badan khusus yang akan mewujudkan program pembangunan kerjaya profesional bagi membantu mempersiapkan mahasiswa dan kakitangan akademik untuk menjadi jurutera bertauliah.

"Penglibatan IEM seperti ini secara tidak langsung dapat membantu mewujudkan lebih ramai kakitangan profesional pada masa akan datang, tambahan pula lebih 70 penuntut di UTM mengambil jurusan kejuruteraan. Oleh itu, kita memerlukan kakitangan yang profesional," katanya.


Sumber Utusan Malaysia